Wednesday, September 23, 2009

Teori Pengurangan Ketidakpastian (Uncertainty Reduction Theory)

Dikemukakan oleh Charles Berger dan Richard Calabrese pada pertengahan tahun 1970an, ia tentang penggunaan komunikasi manusia bagi mendapat pengetahuan di samping membentuk persefahaman antara sesama manusia secara amnya dan di antara dua individu dengan khusus . ia bertujuan berkomunikasi ialah untuk mengenali individu tersebut, ia perlu bertanya soalan dan memberi jawapan atau berdiam diri apabila berjumpa orang yang baru dikenali .
Semasa kita berkomunikasi sesama kita, sebenarnya kita mempunyai tujuan untuk mengetahui tentang individu itu, siapa dia, dari mana asalnya, kenapa dia berjumpa dengan kita, apakah latar belakangnya, apakah niatnya terhadap kita dan pelbagai persoalan yang ditimbul di fikiran kita.
Uncertainty reduction theory atau teori pengurangan ketidakpastian, ia juga disebut Initial interction theory. Teori ini diciptakan oleh Charles Berger dan Richard Calabrese. Tujuan mereka dalam menghasilkan teori ini adalah untuk menjelaskan bagaimana komunikasi digunakan untuk mengurangkan ketidakpastian diantara orang asing yang terikat dalam perbualan mereka bersama.

Kenyataan teori
Apabila kita bertemu seseorang yang tidak kita kenali kita merasa tidak pasti. Terdapat dua jenis ketidakpastian, iaitu ketidakpastian perlakuan dan ketidakpastian kognitif
n Teori mempunyai 7 aksiom (kenyataan yang perlu diterima sebagai benar tanpa perlu diuji
n Teori URT adalah teori aksiomatik
n Aksion teori menyatakan perkaitan antara ketidakpastian dan variabel utama – output verbal, kemesraan bukan verbal, pencarian maklumat, pendedahan kendiri, persamaan, kesukaan dan resiprositi (timbal balik)
Tahap interaksi awal
n Fasa permulaan
n Fasa peribadi
n Fasa exit
Fasa permulaan
n Beri maklumat luaran – asal, tempat kerja, pendidikan, pengalaman
n Bergantung kepada respons daripada orang yang baru dikenali
n Komunikasi diteruskan kalau ada resiprositi
Fasa peribadi
n Berkongsi nilai, kepercayaan, sikap dan maklumat yang lebih peribadi
n Cuba beri gambaran siapa kita spt pandangan tentang masalah remaja; kesan media massa terhadap remaja; kepercayaan kita tentang nilai-nilai yang perlu ada pada orang muda dan lain-lain.




Fasa exit
n Membuat rancangan sama ada akan teruskan hubungan, menjadi lebih rapat atau kekalkan hubungan setakat tahap peribadi
Aksiom
A1 Apabila tahap komunikasi verbal antara orang yang baru dikenali meningkat, tahap ketidakpastian berkurangan
A2 Apabila tahap komunikasi bukan verbal meningkat, ketidakpastian berkurangan, kekurangan ketidakpastian menyebabkan komunikasi bukan berbal bertambah
A3 Tahap ketidakpastian yang tinggi meneybabkan perlakuan pencarian maklumat meningkat. Apabila tahap ketidakpastian berkurangan, pencarian maklumat berkurangan
A4 Tahap ketidakpastian yang tinggi dalam hunungna menyebabkan kemesraan berkurangan
A5 Tahap ketidakpastian yang tinggi menghasilkan kadar resiprositi yang tinggi. Tahap ketidakpastian yang rendah menghasilkan resiprositi yang rendah
A6 Persamaaan anda inidvidu mengurangkan ketidakpastian, ketidaksamaan menigkatkan ketidakpastian
A7 Tahap ketidakpastian yang tinggi menyebabkan kita kurang menyukai seseorang, manakala kurangnya ketidakpastian menyebabkan kita lebih menyukainya.
n Perkaitan 7 aksiom menghasilkan 21 teorem
n Teorem boleh diuji logiknya
Proses mencari maklumat
n Dorongan mencari maklumat
Pengharapan interaksi pada masa hadapan
Nilai insentif – apa kelebihan kita kenal dengan individu
Devian (kelainan) – ganjil, pelik jadi ingin tahu
n Strategi mencari maklumat
Pasif – memerhati tanpa disedari
Aktif – minta pihak ketiga dapatkan maklumat
Interaktif – mendapatkan maklumat secara terus dengan interaksi
Kritik teori
n Teorem 17 – pencarian maklumat dan kesukaan berkait secara negatif (apabila kita suka seseorang kita kurang cari maklumat tentangnya; bila kita tak suka seseorang kita cari lebih maklumat tentang individu tersebut)
n Aksiom 3 – pencarian maklumat di dorong oleh sebab ingin tahu (kurang ketidakpastian). Bagaimana kalau langsung tidak berminat?
n Benarkan dorongan untuk mencari maklumat ialah jangkaan interaksi masa depan, nilai insentif, dan devian? Apa yang penting apabila berkenalan dengan seseorang?
n Teori banyak meransang penyelidikan (heuristik)
n Teori Pengurusan Kerisauan/ketidakpastian teori komunikasi antara budaya
n Sesuaikah teori ini untuk menerangkan proses pembentukan hubungan dalam konteks masyarakat Malaysia?

Kajian lepas

Hasil daripada kajian lepas, Berger dan Calabrese pada tahun 1975, mereka berpendapat bahawa teori pengurangan ketidakpastian ( Theory uncertainty reduction ) memiliki proses yang proaktif dan retroaktif. Pengurangan ketidakpastian ( Uncertainty reduction ) yang proaktif iaitu ketika seseorang berpikir tentang pilihan komunikasi sebelum benar-benar terikat dengan orang lain. Pengurangan ketidakpastian ( Uncertainty reduction ) yang retroaktif terdiri dari usaha-usaha untuk menerangkan perilaku setelah pertemuan itu sendiri.
Berger dan Calabrese menyatakan bahawa ketidakpastian dihubungkan dengan tujuh konsep lainnya yang berakar pada komunikasi dan perkembangan hubungan. Tujuh konsep itu adalah verbal output, nonverbal warmth ( seperti misalnya nada bicara yang menyenangkan ), pencarian informasi ( menanyakan pertanyaan ), self-disclosure (menyampaikan bahagian dari informasi tentang diri sendiri pada orang lain), reciprocity (pertukaran) disclosure, persamaan, dan kegemaran.
Berger dan Calabrese yakin bahawa ketika orang -orang asing pertama kali bertemu, mereka mula-mula meningkatkan kemampuan untuk berkomunikasi dalam usaha untuk mengeluarkan perasaan dari pengalaman komunikasi mereka. Komunikasi dapat dimaksudkan sebagai kemampuan untuk forecast pilihan kelakuan yang mungkin boleh dipilih dari kemungkinan pilihan yang tersedia bagi diri sendiri atau bagi pasangan relasi. Explanation (keterangan) digunakan untuk mentafsirkan maksud dari perbuatan masa lalu dari sebuah hubungan. Prediksi dan explanation merupakan dua konsep awal dari dua subproses utama pengurangan ketidakpastian (uncertainty reduction)

PENGENALAN TEORI KOMUNIKASI

Maksud komunikasi
Komunikasi boleh di anggap sebagai satu proses manusia menghantar dan menerima mesej.Dengan erti kata lain komunikasi ialah satu proses di mana manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea,maklumat dan perasaan.melalui komunikasi berkesan manusia boleh memahami antara satusama lain.Sebaliknya komunikasi yang tidak tepat menyebabkan salah faham sesama manusia yang seterusnya mencetuskan konflik yang lebih besar.Menurut Hybles dan Weavers(1992)umpamanya melihat komunikasi sebagai satu proses di mana seseorang berkongsi maklumat,idea dan perasaan.Sementara Byrnes (1975)menganggap komunikasi sebagai satu proses interaksi antara manusia , di mana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat,gerak isyarat atau symbol,dengan tujuan untuk member dan bertukar-tukar maklumat dengan mempengaruhi tingkah laku,memujuk ataupun mengubah keadaan fizikal atau mental mereka.Abraham(1986)pula berpendapat yang komunikasi merupakan satu proses yang berterusan melibatkan pemindahan maklumat daripada sumber kepada penerima dan ada maklumat balas di antara kedua-duanya.ringkasnya ,dapatlah disimpulkan bahawa komunikasi itu ialah satu proses perkongsian makna yang terdapat dalam maklumat,idea atau perasaan melaluipenggunaan symbol sama ada yang berbentuk perkataan ,lisan,bahasa badan,tulisan,visual atau symbol lainnya daripada pihak sumber kepada pihak penerima dengan harapan akan menghaasilkan maklum balas atau respon yang dihajati.





Maksud teori

Di antara defenisi teori yang dinayatakan oleh Cragan dan Shield,(1998)ialah kenyataan yang mengandungi konsep-konsep dan perkaitan di antaranya yang membolehkan seseorang memehami ,menjelaskan ,menerang, menilai,membuat ramalan dan membuat kawalan terhadap fennomena.Manakala menurut Littlejohn(1996) pula ialah percubaan untuk menerangkan /menjelaskan pengalaman ,idea tentang bagaimana sesuatu kejadian berlaku.Griffin(1997), teori adalah peta tentang kebenaran;teori adalah jawapan sementara yang dibentuk bagi persoalan yang timbul tentang sesuatu fenomena.Kesimpulan yang boleh dibuat di sini adalah teori adalah kenyataan/penerangan yang kita bentuk untuk cuba menerangkan tentang sesuatu fenomena.Ia bersifat sementara .Kita boleh menerima menolak ataupun mengubahsuai teori berdasarkan kajian yang kita jalankan.Tanpa kita sedari,kita sebenarnya banyak berteori dengan perkara-perkara yang kita hadapi dalam kehidupan kita.Kefahaman tentang teori dapat membantu kita dalam kehidupan kita seharian.





Maksud teori komunikasi

Menurut Cragan dan Shields(1998),hubungan di antara konsep teoretikal yang membantu member ,secara keseluruhannya ataupun sebahagiannya ,keterangannya ,penjelasannya ,penerangan,penilaian ataupun ramalan tindakan manusia berdasarkan komunikator(orang) berkomunikasi (bercakap,menulis,membaca,mendengar,menonton dan sebagainya)untuk masa tertentu melalui media.Mnakala Littlejohn (1996) pula,satu teori atau kumpulan “pemikiran kolektif”yang di dapati dalam keseluruhan teori terutamanya yang berkaitan proses komunikasi.Borman(1998) satu perkataan /istilah yang merupakan payun untuk semua perbincangan dan analisis yang dibuat secara berhati-hati ,sistematik dan sedar tentang komunikasi.








PERKEMBANGAN BIDANG KOMUNIKASI

Perkembangan komunikasi di Barat pada era awal (1900-1930) mempengaruhi penerima melalui hebahan awam (public address),interpretasi lisan,drama,debat,dan perbincangan meja bulat.Guru-guru menggunakan tulisan zaman Greek dan Rome sebagai bahan rujukan .Plato,Aristotle,Cicero,dan Quantilian adalah sumber bahan pengajian dalam hebahan awam.
Pada era komunikasi dan sains sosial (1930-1960):kesan media.menurut Griffin(1997)era kebangkitan empat orang sarjana yang digelar ‘bapa penyelidikan komunikasi.Harold Lasswell adalah ahli sains politik yang membuat analisis propaganda Nazi untuk mengenal pasti kesan kuat terhadap mereka yang mendengar.Kurt Lewin pula adalah ahli psikologi social dan beliau tidak dapat menerima kepimpinan authoritarian.Oleh itu beliau mengkaji prejudis dan bagaiman kumpulan mempengaruhi individu dalam kumpulan ,disamping mengutarakan konsep”gatekeeping”untuk pemilihan berita kepada umum.Paul Lazarsfeld pula ialah pakar sosiologi yang menubuhkan Biro Penyelidikan Sosial Gunaan di Universiti Colombiauntuk mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan dan sektor perniagaan.
Schram membentuk disiplin komunikasi untuk menyokong bidang sains social yang sedia ada iaitu psikologi,sosioligi,sains polotik,ekonomi dan antropologi.Schramm menubuhkan program ijazah Kedoktoran (Ph.D)pertama dalam bidang komunikasi massa,di Universiti of Iowa dan beliau juga menubuhkan Institusi Penyelidikan Komunikasi.Schramm dianggap sebagai bapa komunikasi iaitu pengasas bidang komunikasi yang tulen kerana beliau memang dari bidang kewartawanan.
Era revolusi Empirik(1950-1970)Teori dalam tabung uji.Pada tahun 1950,pertubuhan komunikasi telah ditubuh International Communication Associotion(ICA).Shanon dan Weaver (1948)membentuk/mengasas model liner komunikasi dan David Berlo(1960)memudahkan model kepada empat bahagian asas.
Era Pergolakkan 60-an (1960-1970).Perkembangan yang berlaku di Amerika Syarikat kerana timbul isu-isu hak asasi ,rusuhan di Bandar-bandar,penglibatan Amerika Syarikat di Vietnam,demonstrasi di kampus-kampus,hippie,revolusi seks,budaya dadah,pembunuhan J.F.Kennedy dan adiknya Robert, Mrtin Luther King Jr. dan Malcom X.Beberapa pensyarah menganggap pengucapan awam sebagaiketunggalan zaman dan jabatan-jabatan komunikasi berubah secara radikal.
Era Retorik Baru(1965-1980).Ucapan awam tidakmempunyai kaitan dengan ucapan yang di sediakan dengan rapi ataupun hujah-hujah yang diterima akal.Dalam bidang komunikasi massa didapati TV,filem dan muzik popular berpengaruh dalam membentuk budaya umum,tidak hanya member hiburan semata-mata.Menurut McLuhan (1967)media ialah mesej.Terdapat percanggahan pandangan antara Amerika dan Eropah dari segi peranan media.

Era Pencarian Model Sejagat(1970-1980).Saintis komunikasi cuba membuat penyatuan/penggabungan.Selepas satu dekat membuat penyelidikan empirik,hasilnya belum dapat di banggakan.Menurut Khun (1970)sains yang matang perlu model atau paradigma yang sejagat,tetapi ahli sains sosial dalam bidang komunikasi belum mencapai tahap itu.

Era Pergolakkan Bidang Komunikasi(1980-kini).Pergolakkan menggambarkan percubaan untuk melihat percampuran idea dan tenaga kreatif serta tekanan yang berlaku dalam bidang komunikasi masa kini.Perkembangan komunikasi lebih positif dengan penubuhan lebih banyak Jabatan Komunikasi.Bermula dengan Kurus komunikasi antara perseorangan dan massa dan berkembang dengan lebih apabila komunikasi keorganisasian ,kemahiran kepimpinan,pengurusan konflik,periklanan dan perhubungan awam menyebabkan lebih ramai meminati bidang yang baru ini.

Perkembangan bidang komunikasi di Malaysia.Penubuhan empat jabatan komunikasi di Malaysia pada tahun 1970-an.Universiti Sains Malaysia (USM)(1970)adalah yang pertama,Universiti Teknologi Mara(1972)Jabatan Komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (1976)dan Jabatan Komunikasi Pembangunan di Universiti Putra Malaysia(1979).Melaksanakan tiga fungsi utama iaitu pengajaran,penyelidikan,dan penulisan.Antara pengasas bidang komunikasi di Malaysia ialah Prof. Ramli Mohamad(USM),Datin Sharifah Mariam,Dr.Bukhori dan banyak lagi.

Proses pembentukan teori komunikasi
Menurut Miller dan Nicholson(1976)setiap proses penyelidikan di mulakan dengan bertanya soalan-soalan.Littejohn juga bersetuju dengan Miller dan Nicholson ,seseorang yang ingin menjalankan penyelidikan perlu bertanya soalan.Kemudiannya,membuat permerhatian-iaitu melihat secara objektif perkara yang dikaji.peringkat ketiga memberi definisi,menerang,dan menjelaskanuntuk membuat pertimbangan



Persoalan



Teori pemerhatian

Kesimpulannya,keilmuan dalam bidang komunikasi dihasilkan oleh berbagai-bagai cara,tetapi kaedah utama ialah melalui interpretasi dan kritikan.kaedah penemuan boleh juga menghasilkan ilmu komunikasi terutama bagi aspek-aspek atau fenomena baru dalam bidang komunikasi.






Kepentingan teori komunikasi

Pelbagai teori komunikasi yang telah di buat oleh pelbagai ahli falsafah.Teori-teori ini di buat adalah untuk kita mengenalpasti cara komunikasi yang berkesan kepada kita semua.Sekiranya kita hanya berkomunikasi sahaja tanpa memikirkan teori yang betul,maka kemungkinan komunikasai itu tidak. Berjaya dan mungkin mengalami salah faham.Oleh itu,teori komunikasi amat penting dalam menyampaikan komunikasi walau dalam situasi apapun.

B. Pengalaman saya ialah, semasa saya berumur 14 tahun, keluarga saya telah berpindah ke Perlis, pada hari pertama persekolahan, saya telah telah memasuki kelas dan ingin berkenalan dengan pelajar di dalam kelas, tapi malangnya saya dan kawan saya tidak memahami apa yang telah saya katakana, dan saya juga tidak memahami langsung apa yang dikatakan oleh nya, ini kerana kawan saya bercakap dengan menggunakan pelat utara, dan saya bercakap dengan pelat Kelantan, ini menyebabkan proses komunikasi kami gagal atau tidak berkesan, dan teori yang saya pilih ialah, Teori Simbiolik ( antara disiplin ), teori ini berasal daripada Bahasa Inggeris, ekonomi, pengurusan, sains politik, psikologi, sosiologi, dan psikologi sosial. Teori jenis ini wujud dalam hubungan yang rapat dengan teori dalam bidang komunikasi, sebagai contohnya Teori penterjemahan.

Rujukan
- Teori-teori komunikasi, Saodah Wok, Narimah Ismail, Mohd Yusuf Hussain.

PERANAN BAHASA MELAYU TINGGI DALAM MEDIA MASSA

ISI KANDUNGAN
Definisi istilah
Pengenalan
Peranan-peranan bahasa melayu tinggi dalam media massa
Rujukkan


Definisi Istilah


Media massa merujuk kepada radio, televisyen, suratkhabar, majalah, brosur, internet, telefon (SMS) dan segala sumber yang bersifat mengendalikan maklumat bagi masyarakatumum.
Bahasa Melayu Tinggi merujuk kepada bahasa Melayu Malaysia

Pengenalan

BAHASA Melayu sejak lebih daripada satu alaf telah memiliki martabat sebagai bahasa besar. Sejak abad ke-7 Masihi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah kerajaan Sriwijaya. Pada zaman kesultanan Melayu dari sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19, bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu baharu, dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi. Pada zaman serba moden ini, komunikasi massa juga semakin pantas dan menjadi pilihan masyarakat di Malaysia untuk mendapatkan info dan ilmu pengatahuan,pemilihan bahasa juga penting untuk meyampaikan info dan maklumat di dalam komunikasi massa,di dalam kertas kerja ini saya akan menghuraikan peranan bahasa melayu dalam komunikasi massa,Jesteru, kertas kerja ini akan membincangkan tentang bahasa melayu sebagai bahasa pengahantar.


Sarjana Belanda Francois Valentijn mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 sebagai yang berikut:
``Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa lingua franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan saja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya sehinggakan kepulauan Filipina.''

Kebitaraan bahasa Melayu pada abad 16 dan 17 dapat dirumuskan dengan kenyataan bahawa bahasa tersebut telah mencapai taraf bahasa antarabangsa, terutama dengan kedudukannya sebagai bahasa diplomatik, lingua franca, bahasa perdagangan sedunia, bahasa penyebaran agama besar dunia dan bahasa sastera.
Martabat bahasa Melayu dilunturkan oleh penjajah (Belanda di Indonesia dan Inggeris di Malaysia) dengan menurunkan darjat bahasa itu daripada bahasa besar dan bahasa perhubungan luas menjadi bahasa setempat atau bahasa vernakular yang disempitkan fungsinya hanya sebagai bahasa perhubungan sehari-hari dan lebih untuk lingkungan masyarakat Melayu. Dalam zaman penjajahan Inggeris, bahasa Melayu disetarafkan dengan bahasa keturunan yang dibawa oleh Inggeris untuk kepentingan ekonomi, iaitu keturunan Cina dan India dengan menjadikannya bahasa penghantar di sekolah vernakular Melayu, sama halnya dengan bahasa Cina di sekolah vernakular Cina dan bahasa Tamil di sekolah vernakular India.
Dalam bidang bahasa dan pendidikan, terang bahawa bahasa Melayu hanya menjadi bahasa penghantar sekolah Melayu yang terbatas pula jangkauan bidang ilmu dan kemahirannya. Hal ini direncanakan dengan cukup kemas oleh penjajah Inggeris, semata-mata untuk menutup kemungkinan anak watan dapat muncul sebagai bangsa berwibawa dan dengan demikian berupaya membebaskan negara daripada cengkaman penjajahan.
Selama hampir setengah abad negara menikmati kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi salah satu asas pembinaan negara yang penting melalui tiga fungsi iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.
Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu telah memungkinkan berlangsungnya pendemokrasian pendidikan apabila sejumlah besar generasi muda mendapat peluang belajar dalam bahasa kebangsaan, tanpa kekangan faktor taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik serta keeksklusifan bahasa penghantar ilmu yang dahulunya didominasi oleh bahasa Inggeris.
Namun, apabila ada tindakan berpatah kembali untuk menjadikan bahasa lain sebagai wahana bidang-bidang utama kenegaraan itu, khususnya melalui bidang pendidikan, maka martabat bahasa Melayu sudah mula tergugat. Pengurangan fungsi dan peminggiran bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka secara langsung akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai salah satu tonggak pembinaan negara.
Walau bagaimanapun dengan adanya tantangan-tantangan semasa, bahasa Melayu mengalami kemerosotan dalam dua aspek, iaitu aspek taraf dan mutunya. Kemerosotan dalam aspek taraf bermaksud penyempitan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan penggunaannya oleh undang-undang.Sebagai contoh, penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran, undang-undang, penyiaran dan pendidikan.
Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan dengan kurang pekanya sebilangan anggota masyarakat terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang yang rasmi seperti pentadbiran, penyiaran dan pendidikan. Percampuran ragam bahasa basahan (yang ditandai oleh fenomena bahasa rojak atau istilah linguistiknya peralihan kod, bahasa SMS, bahasa sembang di Internet dan sebagainya) dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmi menjadikan bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi.
Demikian juga, semakin tidak nyata semangat cinta dan hormat kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati diri negara apabila kian banyak terjadi fenomena penamaan tempat, bangunan dan jalan, termasuk di kawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara, yang mengutamakan nama berdasarkan bahasa asing (misalnya precinct, parcel dan boulevard).
Senario kini tentang kedudukan bahasa Melayu menunjukkan kian kurang terbudayanya bahasa Melayu dalam kalangan sejumlah anggota masyarakat, khususnya dalam konteks yang fungsional, iaitu yang berkaitan dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.



Peranan bahasa melayu dalam media massa
Bahasa Melayu terlalu banyak pengaruhnya dalam media massa.Bahasa Melayu juga adalah merupakan medium utama yang digunakan dalam media massa untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai di Malaysia.Contohnya penggunaan Bahasa Melayu dalam media cetak seperti surat khabar,majalah,artikel,buku rujukan dan sebagainya.Terdapat artikel-artikel atau buku rujukan serta buku ilmiah yang dikeluarkan dalam pelbagai bahasa.Oleh itu,ianya diterjemahkan kepada bahasa melayu supaya masyarakat Malaysia dapat memahami isi kandungan yang ingin disampaikan oleh pihak yang mengeluarkan artikel tersebut.
Media massa cetak yang paling digemari oleh masyarakat Malaysia ialah akhbar.Akhbar merupakan salah satu media yang sudah wujud berpuluh-puluh tahun dahulu,iaitu semenjak manusia tahu menulis dan mencipta tulisan.Memang tidak dapat disangkalkan, akhbar masih memainkan peranan yang penting,walaupun kita sudah menjejaki abad yang ke20 yang berteknologi canggih ini.Akhbar merupakan wadah yang paling cepat untuk menyampaikan maklumat terkini kepada orang ramai.
Sesungguhnya,akhbar berperanan sebagai adat pentebaran maklumat yang berkesan dalam pentadbiran negara.Kerajaan dan rakyat dapat berhubung melalui maklumat akhbar.Rakyat dapat mengetahui segala proses yang dijalankan dalam mesyuarat cabinet dan urusan politik kerajan.segala corak pemerintahan kerajaan dapat difahami oleh rakyat.rakyat juga dapat meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap program atau perancangan tertentu yang dilaksanakan oleh kerajaan.pendapat-pendapat rakyat dapat disurakan kepada kerajaan melalui akhbar.dengan ini, kerajaan dapat menguruskan hal-hal pentadbiran dengan lebih cekap melalui pendapat rakyat yang berguna. Sebagai contoh,menteri pelajaran telah pada peringkat awalnya mempersetujui cadangan membenarkan pelajar-pelajar sekolah membawa telefon bimbit ke sekolah dengan syarat-syarat tertentu.berita ini hangat diperkatakan apabila disiarkan melalui akhbar dan mendapat tentangan hebat dari beberapa pihak.sebagai bukti ketelusan pemimpin kita, akhirnya cadangan ini ditarik balik setelah respons menunjukan bahawa majority rakyat tidak menyokongnya.hal ini membuktikan bahawa akhbar merupakan alat penyebar yang baik dalam urusan pentadbiran Negara dan Negara kita pula berada dalam keadaan harmoni atas kerjasama rakyat dan kerajaan.
Komponen bahasa dan persuratan dalam pelbagai program negara - semua program negara yang bersifat pembinaan sahsiah di pelbagai peringkat mesti memasukkan program bahasa dan persuratan, misalnya dalam Program Khidmat Negara, kursus Biro Tatanegara, KP3P dan sebagainya. Kursus atau apa-apa juga program motivasi untuk kalangan ahli politik dan profesional perlu memasukkan modul bahasa dan persuratan di dalamnya.Modul bahasa dan persuratan dalam program latihan jabatan - setiap jabatan dan agensi kerajaan perlu memasukkan modul bahasa, penulisan dan persuratan dalam program ``kursus dalam perkhidmatan'' masing-masing.
Perhatian media massa terhadap pengembangan Bahasa Malaysia cukup besar. Walaupun masih terdapat pelbagai kesulitan,itu adalah disebabkan para wartawan hanyalah befungsi sebagai tape recorder dari apa yang dikatakan sumber berita yang dikeluarkan oleh pihak pihak tertentu umumnya daripada pihak pejabat. Ucapan-ucapan pejabat sebagai sumber berita banyak yang membantu dari struktur tata bahasa serta Bahasa Melayu itu sendiri

Sebenarnya, kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat telah membawa banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran bahasa. Daripada kaedah konvensional di dalam bilik darjah, pengajaran bahasa kini telah berkembang kepada kaedah pengajaran yang baru, iaitu pengajaran bahasa di alam siber. Dengan kaedah baru ini, para pendidik bahasa dapat berkomunikasi dan mengajar melalui komputer yang dihubungkan dengan modem dan perisian komunikasi. Pengajaran yang menggunakan kaedah baru ini dapat membantu mengembangkan penggunaan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa. Melalui internet, penggunaan bahasa Melayu melewati batas geografi dan waktu. Hal ini demikian kerana internet merupakan satu jaringan antarabangsa yang menghubungkan lebih 30 000 jaringan di lebih 100 buah negara. Internet kini mempunyai lebih 20 juta pengguna di seluruh dunia dan bilangan pengguna ini semakin bertambah dengan penurunan harga komputer dan perisian komunikasi (Laudon, Traver dan Laudon 1996).
Menurut Laudon dan Laudon (1996), teknologi maklumat merupakan gabungan teknologi komputer dan sistem komunikasi yang membolehkan teks, bunyi, video, dan animasi disalurkan melalui talian. Komputer dengan kemudahan lebuh raya maklumat merupakan satu jaringan yang meliputi kawasan yang luas, mempunyai kepantasan yang tinggi, dan menawarkan beberapa perkhidmatan jaringan. Dengan hal demikian, teknologi ini dapat digunakan untuk membantu pelbagai urusan dan kegiatan, seperti perniagaan, pentadbiran, penyelidikan, dan pendidikan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh teknologi ini termasuklah mel elektronik, papan buletin, dan laman web yang membolehkan para pendidikan berkomunikasi dan mengajar dengan menggunakan talian komputer. Pengajaran siber tidak memerlukan kehadiran di dalam kelas atau kehadiran pelajar sewaktu syarahan. Walau bagaimanapun, satu bentuk komunikasi yang interaktif perlu diwujudkan untuk membangkitkan suasana yang kondusif dan praktikal untuk pembelajaran. Pelajar dan guru berkomunikasi melalui mel elektronik, persidangan komputer, forum elektronik, papan buletin, dan laman web. Pengajaran siber ini dijangka menjadi amalan pengajaran bahasa Melayu pada masa hadapan. Untuk


menjadikannya suatu kenyataan, guru haruslah mempunyai pengetahuan tentang komunikasi pengantaraan komputer yang menjadi asas pengajaran siber.
Memandang bahawa penggunaan teknologi maklumat ini masih baru dalam sistem pendidikan di Malaysia, para pendidik bahasa perlu mempunyai literasi teknologi dan memahami keperluan komunikasi secara global. Hal ini dapat membantu para pendidik menerapkan kaedah ini dengan berkesan. Penulisan ini akan memberikan tumpuan kepada kaitan antara komunikasi di alam siber dengan praktis pengajaran bahasa yang penggabungannya akan melahirkan satu komuniti baru, iaitu komuniti elektronik (electronic community) dan bentuk komunikasi di alam siber yang dikenal sebagai komunikasi pengantaraan komputer (computer mediated communication). Penulisan ini akan turut membincangkan aspek pedagogi komunikasi pengantaraan komputer, seperti bentuk pengajaran yang komunikatif dan interaktif.


Penulisan ini seterusnya akan menyarankan kemahiran yang diperlukan oleh para guru bahasa untuk bersama-sama memasuki alam pengajaran siber dan peranan institusi pendidikan guru dalam perkembangan ini. Selain itu, penulisan ini akan turut menyingkap kemungkinan komunikasi pengantaraan komputer dijadikan sebagai satu kaedah perundingan antara pelajar dengan pendidik dalam pengajaran bahasa. Seperti kata Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Datuk Dr. Hassan Ahmad: “Kita tidak mahu negara ini menjadi negara maju dalam tahun 2020 tetapi bangsa Melayu hilang martabat dan kuasa sebagai bangsa yang cemerlang dan maju disebabkan bahasanya tidak dijadikan alat utama dalam proses itu. “Ini kerana penggunaan bahasa Melayu dalam sektor pentadbiran kerajaan tidak dianggap sebagai agenda penting dalam perancangan bahasa Melayu di negara ini,’’ katanya ketika membentangkan kertas kerja Masalah Bahasa Atau Masalah Pengguna Bahasa? Membetulkan Sikap dan Persepsi Manusia Terhadap Bahasa Melayu, di DBP di Kuala Lumpur baru-baru ini.

RUJUKKAN
- http://www.kongresbahasa.org/?p=208
- www.kongresbahasa.org/?page_id=28

- www.kongresbahasa.org/?cat=15

- www.taylors.edu.my/prosstudents/prossbumi_landing.php?id=83

- komunikasi.usm.net.my/sinopsis-kursus.html