Wednesday, September 23, 2009

PENGENALAN TEORI KOMUNIKASI

Maksud komunikasi
Komunikasi boleh di anggap sebagai satu proses manusia menghantar dan menerima mesej.Dengan erti kata lain komunikasi ialah satu proses di mana manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea,maklumat dan perasaan.melalui komunikasi berkesan manusia boleh memahami antara satusama lain.Sebaliknya komunikasi yang tidak tepat menyebabkan salah faham sesama manusia yang seterusnya mencetuskan konflik yang lebih besar.Menurut Hybles dan Weavers(1992)umpamanya melihat komunikasi sebagai satu proses di mana seseorang berkongsi maklumat,idea dan perasaan.Sementara Byrnes (1975)menganggap komunikasi sebagai satu proses interaksi antara manusia , di mana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat,gerak isyarat atau symbol,dengan tujuan untuk member dan bertukar-tukar maklumat dengan mempengaruhi tingkah laku,memujuk ataupun mengubah keadaan fizikal atau mental mereka.Abraham(1986)pula berpendapat yang komunikasi merupakan satu proses yang berterusan melibatkan pemindahan maklumat daripada sumber kepada penerima dan ada maklumat balas di antara kedua-duanya.ringkasnya ,dapatlah disimpulkan bahawa komunikasi itu ialah satu proses perkongsian makna yang terdapat dalam maklumat,idea atau perasaan melaluipenggunaan symbol sama ada yang berbentuk perkataan ,lisan,bahasa badan,tulisan,visual atau symbol lainnya daripada pihak sumber kepada pihak penerima dengan harapan akan menghaasilkan maklum balas atau respon yang dihajati.





Maksud teori

Di antara defenisi teori yang dinayatakan oleh Cragan dan Shield,(1998)ialah kenyataan yang mengandungi konsep-konsep dan perkaitan di antaranya yang membolehkan seseorang memehami ,menjelaskan ,menerang, menilai,membuat ramalan dan membuat kawalan terhadap fennomena.Manakala menurut Littlejohn(1996) pula ialah percubaan untuk menerangkan /menjelaskan pengalaman ,idea tentang bagaimana sesuatu kejadian berlaku.Griffin(1997), teori adalah peta tentang kebenaran;teori adalah jawapan sementara yang dibentuk bagi persoalan yang timbul tentang sesuatu fenomena.Kesimpulan yang boleh dibuat di sini adalah teori adalah kenyataan/penerangan yang kita bentuk untuk cuba menerangkan tentang sesuatu fenomena.Ia bersifat sementara .Kita boleh menerima menolak ataupun mengubahsuai teori berdasarkan kajian yang kita jalankan.Tanpa kita sedari,kita sebenarnya banyak berteori dengan perkara-perkara yang kita hadapi dalam kehidupan kita.Kefahaman tentang teori dapat membantu kita dalam kehidupan kita seharian.





Maksud teori komunikasi

Menurut Cragan dan Shields(1998),hubungan di antara konsep teoretikal yang membantu member ,secara keseluruhannya ataupun sebahagiannya ,keterangannya ,penjelasannya ,penerangan,penilaian ataupun ramalan tindakan manusia berdasarkan komunikator(orang) berkomunikasi (bercakap,menulis,membaca,mendengar,menonton dan sebagainya)untuk masa tertentu melalui media.Mnakala Littlejohn (1996) pula,satu teori atau kumpulan “pemikiran kolektif”yang di dapati dalam keseluruhan teori terutamanya yang berkaitan proses komunikasi.Borman(1998) satu perkataan /istilah yang merupakan payun untuk semua perbincangan dan analisis yang dibuat secara berhati-hati ,sistematik dan sedar tentang komunikasi.








PERKEMBANGAN BIDANG KOMUNIKASI

Perkembangan komunikasi di Barat pada era awal (1900-1930) mempengaruhi penerima melalui hebahan awam (public address),interpretasi lisan,drama,debat,dan perbincangan meja bulat.Guru-guru menggunakan tulisan zaman Greek dan Rome sebagai bahan rujukan .Plato,Aristotle,Cicero,dan Quantilian adalah sumber bahan pengajian dalam hebahan awam.
Pada era komunikasi dan sains sosial (1930-1960):kesan media.menurut Griffin(1997)era kebangkitan empat orang sarjana yang digelar ‘bapa penyelidikan komunikasi.Harold Lasswell adalah ahli sains politik yang membuat analisis propaganda Nazi untuk mengenal pasti kesan kuat terhadap mereka yang mendengar.Kurt Lewin pula adalah ahli psikologi social dan beliau tidak dapat menerima kepimpinan authoritarian.Oleh itu beliau mengkaji prejudis dan bagaiman kumpulan mempengaruhi individu dalam kumpulan ,disamping mengutarakan konsep”gatekeeping”untuk pemilihan berita kepada umum.Paul Lazarsfeld pula ialah pakar sosiologi yang menubuhkan Biro Penyelidikan Sosial Gunaan di Universiti Colombiauntuk mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan dan sektor perniagaan.
Schram membentuk disiplin komunikasi untuk menyokong bidang sains social yang sedia ada iaitu psikologi,sosioligi,sains polotik,ekonomi dan antropologi.Schramm menubuhkan program ijazah Kedoktoran (Ph.D)pertama dalam bidang komunikasi massa,di Universiti of Iowa dan beliau juga menubuhkan Institusi Penyelidikan Komunikasi.Schramm dianggap sebagai bapa komunikasi iaitu pengasas bidang komunikasi yang tulen kerana beliau memang dari bidang kewartawanan.
Era revolusi Empirik(1950-1970)Teori dalam tabung uji.Pada tahun 1950,pertubuhan komunikasi telah ditubuh International Communication Associotion(ICA).Shanon dan Weaver (1948)membentuk/mengasas model liner komunikasi dan David Berlo(1960)memudahkan model kepada empat bahagian asas.
Era Pergolakkan 60-an (1960-1970).Perkembangan yang berlaku di Amerika Syarikat kerana timbul isu-isu hak asasi ,rusuhan di Bandar-bandar,penglibatan Amerika Syarikat di Vietnam,demonstrasi di kampus-kampus,hippie,revolusi seks,budaya dadah,pembunuhan J.F.Kennedy dan adiknya Robert, Mrtin Luther King Jr. dan Malcom X.Beberapa pensyarah menganggap pengucapan awam sebagaiketunggalan zaman dan jabatan-jabatan komunikasi berubah secara radikal.
Era Retorik Baru(1965-1980).Ucapan awam tidakmempunyai kaitan dengan ucapan yang di sediakan dengan rapi ataupun hujah-hujah yang diterima akal.Dalam bidang komunikasi massa didapati TV,filem dan muzik popular berpengaruh dalam membentuk budaya umum,tidak hanya member hiburan semata-mata.Menurut McLuhan (1967)media ialah mesej.Terdapat percanggahan pandangan antara Amerika dan Eropah dari segi peranan media.

Era Pencarian Model Sejagat(1970-1980).Saintis komunikasi cuba membuat penyatuan/penggabungan.Selepas satu dekat membuat penyelidikan empirik,hasilnya belum dapat di banggakan.Menurut Khun (1970)sains yang matang perlu model atau paradigma yang sejagat,tetapi ahli sains sosial dalam bidang komunikasi belum mencapai tahap itu.

Era Pergolakkan Bidang Komunikasi(1980-kini).Pergolakkan menggambarkan percubaan untuk melihat percampuran idea dan tenaga kreatif serta tekanan yang berlaku dalam bidang komunikasi masa kini.Perkembangan komunikasi lebih positif dengan penubuhan lebih banyak Jabatan Komunikasi.Bermula dengan Kurus komunikasi antara perseorangan dan massa dan berkembang dengan lebih apabila komunikasi keorganisasian ,kemahiran kepimpinan,pengurusan konflik,periklanan dan perhubungan awam menyebabkan lebih ramai meminati bidang yang baru ini.

Perkembangan bidang komunikasi di Malaysia.Penubuhan empat jabatan komunikasi di Malaysia pada tahun 1970-an.Universiti Sains Malaysia (USM)(1970)adalah yang pertama,Universiti Teknologi Mara(1972)Jabatan Komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (1976)dan Jabatan Komunikasi Pembangunan di Universiti Putra Malaysia(1979).Melaksanakan tiga fungsi utama iaitu pengajaran,penyelidikan,dan penulisan.Antara pengasas bidang komunikasi di Malaysia ialah Prof. Ramli Mohamad(USM),Datin Sharifah Mariam,Dr.Bukhori dan banyak lagi.

Proses pembentukan teori komunikasi
Menurut Miller dan Nicholson(1976)setiap proses penyelidikan di mulakan dengan bertanya soalan-soalan.Littejohn juga bersetuju dengan Miller dan Nicholson ,seseorang yang ingin menjalankan penyelidikan perlu bertanya soalan.Kemudiannya,membuat permerhatian-iaitu melihat secara objektif perkara yang dikaji.peringkat ketiga memberi definisi,menerang,dan menjelaskanuntuk membuat pertimbangan



Persoalan



Teori pemerhatian

Kesimpulannya,keilmuan dalam bidang komunikasi dihasilkan oleh berbagai-bagai cara,tetapi kaedah utama ialah melalui interpretasi dan kritikan.kaedah penemuan boleh juga menghasilkan ilmu komunikasi terutama bagi aspek-aspek atau fenomena baru dalam bidang komunikasi.






Kepentingan teori komunikasi

Pelbagai teori komunikasi yang telah di buat oleh pelbagai ahli falsafah.Teori-teori ini di buat adalah untuk kita mengenalpasti cara komunikasi yang berkesan kepada kita semua.Sekiranya kita hanya berkomunikasi sahaja tanpa memikirkan teori yang betul,maka kemungkinan komunikasai itu tidak. Berjaya dan mungkin mengalami salah faham.Oleh itu,teori komunikasi amat penting dalam menyampaikan komunikasi walau dalam situasi apapun.

B. Pengalaman saya ialah, semasa saya berumur 14 tahun, keluarga saya telah berpindah ke Perlis, pada hari pertama persekolahan, saya telah telah memasuki kelas dan ingin berkenalan dengan pelajar di dalam kelas, tapi malangnya saya dan kawan saya tidak memahami apa yang telah saya katakana, dan saya juga tidak memahami langsung apa yang dikatakan oleh nya, ini kerana kawan saya bercakap dengan menggunakan pelat utara, dan saya bercakap dengan pelat Kelantan, ini menyebabkan proses komunikasi kami gagal atau tidak berkesan, dan teori yang saya pilih ialah, Teori Simbiolik ( antara disiplin ), teori ini berasal daripada Bahasa Inggeris, ekonomi, pengurusan, sains politik, psikologi, sosiologi, dan psikologi sosial. Teori jenis ini wujud dalam hubungan yang rapat dengan teori dalam bidang komunikasi, sebagai contohnya Teori penterjemahan.

Rujukan
- Teori-teori komunikasi, Saodah Wok, Narimah Ismail, Mohd Yusuf Hussain.

No comments:

Post a Comment